Homestay ini terletak di Taman Pauh Indah, Permatang Pauh. Kedudukannya yang strategik di antara UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai sering dikunjungi oleh waris-waris pelajar semasa pendaftaran dan juga semasa hari graduasi anak mereka. Terletak hanya 5 minit dari UiTM dan Politeknik Seberang Perai memudahkan pengunjung untuk pergi ke sana dengan cepat.  Rumah yang sangat selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti :

  1. Mesin basuh automatik
  2. Peti sejuk
  3. Periuk nasi elektrik
  4. Cerek air elektrik
  5. TV LCD
  6. DVD Player
  7. Dapur gas
  8. Seterika
  9. Papan seterika
  10. Kipas berdiri (stand fan)
  11. Penghawa dingin

Kadar harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu RM130.00 SEMALAM kerana rumah ini dilengkapi 2 unit penghawa dingin. Kawasan persekitaran yang selamat dan berdekatan dengan tempat makan yang menarik dan sedap seperti Restoran De’ Pauh Garden, Pata Mee Sotong Cawangan Permatang Pauh, dan Mee Udang Sg. Dua.

Untuk Tempahan sila hubungi  Pn. Shahrazad (Sha) di talian 0124386242

Close Menu
WhatsApp chat